Tuesday, 1 April 2014

CARA MENULIS KARANGAN UMUM

Assalamualaikum semua...

            Saya di sini ingin berkongsi cara-cara menulis 'Karangan Umum' bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Jadi, saya berharap apa yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam menambahbaikan cara penulisan anda.

"Tindakan kitalah yang akan menentukan kejayaan kita"

Selamat membaca dan semoga berjaya di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi!

  • Dalam karangan jenis ini, pelajar tidak boleh memberikan pendapat 'sesuka hati'.

Pendapat pelajar mestilah bernas dan tidak bertentangan dengan pandangan umum.

  • Selain itu, pelajar perlu faham akan kehendak soalan, sama ada dikehendaki mengemukan hujah daripada 'satu aspek' saja atau daripada 'kedua-dua aspek', iaitu:-

  1. kebaikannya sahaja
  2. keburukannya sahaja
  3. kebaikan dan keburukannya sekali
  • Setelah dapat memahami semua soalan, barulah pelajar dapat menulis rangka karangan. Setiap karangan hendaklah mempunyai 'Perenggan Pengenalan', 'Perenggan Isi', dan 'Perenggan Penutup'.  
Perenggan Pengenalan
  • perenggan ini hendaklah mempunyai dua jenis ayat iaitu:-
  1. Ayat Rangsangan -> ayat yang berkaitan dengan tema
  2. Ayat Arahan -> ayat yang menjawab soalan atau kata kunci karangan. 
Perenggan Isi
  • perenggan ini hendaklah sekurang-kurangnya mengendungi empat ayat dalam setiap perenggan iaitu:-
  1. Ayat Judul -> ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan.
  2. Ayat Huraian -> huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan bertujuan untuk memberi penjelasan tentang perkara yang diperkatakan.
  3. Ayat Contoh -> ayat-ayat yang mengandungi bukti/contoh yang berkaitan dengan isi bertujuan untuk memperkuatkan hujah.
  4. Ayat Penegas -> ayat yang memberi penegas terhadap isi dan huraian yang dikemukakan.
Perenggan Penutup
  • Terdiri daripada Ayat Kumpulan, Ayat Cadangan, Ayat Pendapat, Ayat Penilaian, Ayat Harapan, Ayat Penutup dan sebagainya.